MustHave!!!

Must Have!!!

Apa yang MUST HAVE?

Senarai must have anda mungkin lain dari saya.. Semuanya bergantung kepada cara hidup masing-masing. Bagaimana anda melalui hidup anda berlainan dari saya. Cara kita berbeza.

Must have dalam hidupan harian saya :

1. Breakfast bersama Encik Oat dan  Cik ESP (Energizing Soy Protein Shaklee).

Breakfast amat penting bagi saya.. Pada anak-anak, saya sediakan ESP. Yang "must have" nya adalah breakfast..dan saya sukakan breakfast yang ringan. Tak larat nak makan nasi tiap-tiap kali makan. Bukannya elok. Tambah-tambah untuk yang berbadan besarrr macam saya.

Oat tu pulak..memang kesukaan saya..diajar dari kecil lagi.. Dulu-dulu saya ingat semua oat adalah Quaker Oat..Hahahhaa..sebab brand tu saja yang ada dulu-dulu..Sekarang ni macam-macam brand ada. Tapi..yang dibawah ni yang paling simple pada saya. tiga sudu oat, tiga sudu susu dalam satu mug dan air panas. Hmm...lazat bagi saya..dan bagus untuk perut.

Saya ada GERD  ( Gastroesophageal reflux disease ) sebab makan tak menentu...asal-asal hanyalah gastrik sikit-sikit.. Tapi sebab sibuk..sudah menjadi lumrah, sakit sikit tak diendah. Bila dah teruk dan melarat barulah nak tersedar. Itulah saya. Sekarang untuk maintain..doktor cakap No Citrus, No Spicy Food, No Carbonated Drink, No Chocolate..No Itu dan No Ini..hahahaa... Dan sebagai pengganti, saya minum oat, berselang-seli hari dengan ESP. Pada hari sibuk, masa banyak kelas..ESP pilihan saya.

Untuk anak-anak, tiap-tiap hari saya sediakan ESP. Permintaan khas. Kalau tak dapat, bising.




Oat dan ESP bagus untuk gastrik terutamanya bagi perut jenis sensitif macam saya. 


2. Tea Time Bersama Encik Cinh Tea Energy dan Cik Keropok Lekor.

Keropok lekor atau tak lekor, semua anak saya suka. Ayahnya saja tak. Tak pernah saya kehabisan stok keropok. Kalau keropok biasa, akan saya goreng awal-awal. Simpan didalam tin. Sebaik sampai dirumah, sebelum anak-anak bermain di padang, keropok pasti ditangan. Kalau ada lebih, Insyaallah dengan kawan-kawan akan dikongsi. 

Untuk saya, kalau terlampau letih setelah seharian bekerja (terutamanya hari Selasa : kelas 6 waktu berturut-turut), Cinch Energy Tea Mix memang selalu menjadi mangsa. Saya campurkan dengan 2 sudu besar sirap dari Iran yang selalu kawan baik suami saya yang berbangsa Iran belikan. Rasa memang sedap dan lepas minum..hmm..relax sekejap. Badan akan kembali cergas dan bertenaga. Selalunya saya akan minum sebaik pulang dari kerja. Kalau minum lambat sikit lepas maghrib, alamat tidur lambatlah jawabnya. Cergas dan bertenaga. Tak payah tensi-tensi penat balik kerja. Enjoy buat segala kerja.




Cinch Energy Tea Mix, tak pernah mengecewakan saya. Relaks, cergas bertenaga.



Setiap kali ada saja kawan yang pulang ke Terengganu, pasti saya pesan. dalam kes ni, kawan saya Fara Maya. Kalau agak-agak stok keropok lekor dah nak habis, di Jalan Gombak ni ada sebuah kedai. Boleh tahan juga rasanya. Tak kalah dengan yang dari Terengganu.

3. Encik Minyak Ikan.

Seingat-ingat saya, dari kecil, saya memang selalu dipaksa makan minyak ikan. Yang paling saya benci..Scott Emulsion. Masa tu tak ada lagi perasa oren. Yang ada hanyalah perasa asli (warna putih). Bila dah ada anak-anak ni, barulah saya faham kepentingan minyak ikan. Mula-mula saya ingatkan minyak ikan hanya unrtuk budak-budak kecil. Rupa-rupanya tidak. Penting minyak ikan merangkumi semua. Dari anak-anak kecil, mak dan juga ayah..datuk dan nenek. Hah..semua boleh sebab baaanyak kebaikan minyak ikan. 

Untuk anak-anak, untuk tingkatkan antibodi, wanita untuk hormon. Senggugut dah semakinboleh diurus. Baik untuk jantung dan juga sakit-sakit lutut. Kalau boleh, nak saja saya buat macam dalam filem P.Ramlee. sakit gigi..tampal koyok...apa saja tampal koyok. dalam kes saya, minyak ikan. Macam over pulak..Tapi alhamdulillah..memang tiap-tiap hari saya dan anak-anak makan minyak ikan. Untuk memperbaiki mutu kesihatan.

Minyak ikan cap apa? Terpulang pada anda. Tapi saya memilih Shaklee Omega Guard sebab dah 4 tahun saya makan Omega Guard. Setelah 8 tahun saya setia bersama Shaklee, cuma baru 4 tahun lepas saya tau wujudnya Omega Guard.  Masaalah pengsan ketika datang bulan, sakit yang melampau ketika senggugut berkurang dalam 80%. Anak saya yang paling kecil - Wadeaa, sudah setahun tak dekat dengan nebulizer lagi. Alhamdulillah. 





Kalau tak sembunyi Minyak Ikan Omega Guard ni, sekali mau di kunyah 6 biji. 
Sila simpan ubat-ubat dan supplement anda ditempat yang selamat.


4. Encik Penyelamat Fire Extinguisher. 

Dah sudah bab makanan, jom kita masuk bab benda-benda yang mungkin sebenarnya penting untuk keluarga. Tapi kita tak berapa sedar.

Harus ada ya. Sediakan di tempat yang terdekat dengan sumber-sumber kebakaran paling tinggi risiko terjadi, contohnya dapur. Pastikan juga, bila tarikh luput dan juga tekanan/pressure pemadam kebakaran yang anda simpan dirumah. Di sesetengah apartment, pastikan anda tahu dimana letaknya hos pemadam kebakaran. Selalunya berdekatan dengan lift. Pada yang tak mampu, sekurang-kurangnya ambil tahu lalauan kecemasan di tempat anda. Alhamdulillah, pihak pengurusan di apartment saya sediakan kemudahan pemadam kebakaran untuk setiap rumah. Tapi, saya masih ada satu lagi..pemadam kebakaran mini yang saya letakkan di dapur.





Sila abaikan kain-kain yang bergantung di tingkap. Maklumlah, tinggal di apartment. Harus pandai "manage" ampaian.


    


Pastikan pressure/tekanan didalam "range" hijau.





5. Cik First Aid Kit.

Kalau tak ada kotak First Aid Kit pun, pastikan anda simpan semua ubat-ubat di satu tempat khas, senang ananti kalau apa-apa terjadi. anda tahu dimana nak dapatkan apa-apa. Jangankan nanti tercari-cari. saya tak ada First Aid Kit, tapi saya ada satu tempat khas dimana minyak angin, dan krim disimpan. pastikan juga ianya disimpan ditempat tinggi. Tak nak, nanti ada yang boleh digoreng sebab minyak penuh berlumuran di badan.






Owh..Sebelum lupa, pastikan juga anda tahu cara-cara nak menangani masalah kecemasan. Jatuh dalam kategori "Skill That You Must Have/Should Know"

Contohnya seperti cara : 
Hentikan pendarahan
 Mencuci dan membalut luka
Menangani kecemasan tangan atau kaki patah
Epilepsi dan sebagainya.

Kalau tak tahu, boleh saja anda tanya pada Encik Youtube.

 Buat masa ini, inilah saja yang saya rasa layak untuk disenaraikan dalam Must Have list saya.
Anda bagaimana? 


No comments:

Post a Comment