Bukannya saya tak gemuk..gemuk jugak...bak kata anak ketiga saya,
"E'aa sayang mama..macam gajah sebab mama besar macam gajah... :)"
Cumanya saya masih belum berputus asa untuk menyediakan yang terbaik untuk keluarga saya.
Ok, berbalik kepada isu buku tersebut. Ada banyak info2 dalam buku tersebut. Semuanya simple2 saja. Saya mulakan dengan salah satu tips yang diberi...One step at a time ya.....
Jangan memaksa anak untuk makan pada jumlah yang kita inginkan. Beri kelonggaran. Biar mereka memilih sendiri jumlah yang ingin mereka makan. Kenapa? Kerana yang merasa kenyang adalah perut mereka, bukan perut kita. Setiap anak lain badannya, lain keperluannya.
Kurang memaksa, kuranglah rungutan, kurang rungutan, makan tidak lagi menjadi satu beban.Tak kisahlah walau sikit yang diminta. Asal mereka dapat memilih. Kalau nak lagi best, biarkan mereka sendiakan sendiri makanan mereka. Dimana kita patut berada? Di sisi mereka...Assisting them. Itu saja. (Untuk anak-anak yang sudah agak besar, kalau kecil dan motor skill ok pun boleh, terpulang kepada kebolehan anak-anak anda. Perlu diingatkan, setiap anak berbeza.)
Pengalaman saya??? Anak-anak suka. Sekarang, makan adalah satu aktiviti yang ditunggu-tunggu kerana mereka boleh sediakan makanan mereka sendiri.
No more stress ya mommies!!!
Wardah selalunya suka menolong saya didapur.
Wadeaa suka mengacau.
Jangan tertipu.
Walaupun Widad yang paling kurus antara semua. dia makan paling banyak ok :)