Wednesday, February 12, 2014

ShawarmaMyWay!!!


Hmmm...What do I need?
Apakah yang saya perlukan?
Shawarma?
Shawarma adalah hirisan-hirisan ayam/daging...ala-ala bila kita beli kebab..dagingnya dihiris -hiris. Hah, itulah Shawarma, daging-daging yang dihiris, campurkan dengan sayur-sayuran..letaklah sos, mayonnaise, balut dengan roti Baladi.

                                                  
                                                                              Baladi

Kenapa Shawarma? 

1. Simple
2. Sayur-sayur boleh dipotong awal-awal. Esok pagi, campurkan saja dan balut. Cepatkan?
3. Bila dah tak ada ayam/daging yang dihiris-hiris. Saya steam saja chicken slice (yang                 macam di Subway tu). Steam hari Ahad. Simpan dalam peti. tahan 3-4 hari. Sama macam       sayur. Tahan lama,  4-5 hari kecuali tomato.

Idea saya, nak yang simple, cepat, sihat, murah dan sedap. Maklumlah. Kerja sepenuh masa. Surirumah juga sepenuh masa. Yang penting, anak-anak, suami dan saya tak perlu membeli makanan di kantin. Jimat!!

Resepi.

1. Baladi 

2. Chiken slices



















3. Sayur-sayuran yang dihiris-hiris.


  • salad










  • tomato










  • timun jepun 












Cara-cara menyediakan ShawarmaMyWay!!


1. Pertama sekali, sapukan mayonnaise diseluruh permukaan. Tujuan? Senang, bila sudah di       gulung (roll), akan melekat.
2. Kemudian, letakkan chicken slice di hujung roti. Taburkan salad, diikuti tomato dan akhir           sekali timun jepun.
3. Akhir sekali, gulungkan saja (roll).


Mudahkan? Dalam 5-10 minit, siaplah bekalan untuk anak-anak, suami dan saya. Alhamdulillah.
Di kantin sekolah saya, harga satu shawarma yang bersaiz 3 kali lebih kecil dari yang saya buat ialah RM5.
Shawarma versi kita? Lebih murah..
Kenapa?

Sila rujuk kepada post saya mengenai kos makanan bulanan keluarga saya.


Mesti try!!

No comments:

Post a Comment