Salah satu cara untuk saya tangani masalah semua harga barang naik adalah dengan cara memasak...
Walaupun bekerja sepenuh masa, saya bertekad..kalau dulu saya bawak bekalan untuk suami dan saya dalam 2 kali seminggu..kali ini saya nak bawak makanan setiap hari...Isnin sampai Jumaat.
Semenjak dua menjak dua anak dah masuk sekolah..apa lagi bersekolah di international school..harga makanan memang tinggi sikit berbanding dengan harga-harga di kantin sekolah kerajaan, saya perlu lakukan sesuatu.
Bayangkan :
Jadinya..saya putuskan...memasak hari-harilah jawabnya...kenapa??
Lihat dibawah..dua bulan lebih sudah saya bekalkan makanan untuk kami semua..Amat jimat dan berbaloi..
Bagi saya..penjimatan lebih kurang sebanyak RM500 amat besar maknanya.... Daripada saya dok merungut, baik buat sesuatu yang lebih berfaedah..
Bukan saja saya dapat berjimat cermat...secara tak langsung, saya dapat monitor pemakanan anak-anak ..
Dulu, setiap pagi sebelum kesekolah..puas dipesan, no junk food..no drinks (sebab air sudah saya bekalkan). Mujurlah satu hari ketika saya kekantin, saya terlihat Wardah, dengan gembiranya ditangan kanan ada sausage dan ditangan kiri air kotak. Dalam hati..Hmm..nak marah pun tak boleh..kanak-kanak..kalau dah dilayur depan mata tiap-tiap hari..setakat mana yang dapat ditahan?
Sekarang, saya dah tak perlu risau. Bekalan makanan saya pastikan..mereka harus habiskan. Jumaat saya bagi kelonggaran. Kadang-kadang, nak juga mereka bercampur membeli dengan kawan-kawan. Pun puas berpesan, no junk food.
Di puji suami? Itu memang saya suka. Saya amat suka kalau dipuji dia. Hati saya berbunga bukan main lagi. Terbayarlah penat yang terasa. Sebab dia seorang yang pendiam. Boleh dikatakan, sayalah clown dalam family. Tapi sekarang saya ada seorang lagi clown in the family...Anak ketiga..Wadeaa..Sebijik macam diriku ini..Hahahahaha.....
Well..Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi???
JOM JIMAT!!!
No comments:
Post a Comment